iKLaN

Monday, August 30, 2010

WarKah 20 Ramadhan..

Salam smua.. salam 20 Ramadhan...
wah !! pejam celik, dah masuk hari ke20 dlm bulan Ramadhan..
10 hari terakhir dlm bulan Ramadhan nie, ada 1 malam merupakan malam spesel..
amat dinantikan oleh ramai umat Islam khususnye yg beriman..
malam tersebut adalah malam Lailatulqadar..
pada mlm tersebut jugalah Al-Quran telah diturunkan..

Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Sama2 lah kiter memaksimumkan ibadah kita.. Untuk bekalan hari kemudian..
Allahuakbar!!!

Thursday, August 26, 2010

al-kisah hari nie...

Salam smua.. Salam 16 Ramadhan..
Lewat skit Teman post n3 hari nie.. almaklumla...
bz di pagi hari... byk urusan disettlekn.. ye ker.. betol la..

sipi2 lagi nak tghr, Teman kuar jap menyetelkan bab insurans & roadtax kancil wife..
maka bjalanla Teman dr opis ke Tabung Haji.. ada outlet Takaful Malaysia kat Tabung Haji..
Alhamdulillah cuaca redup sikit2 panas dlm perjalanan tadi..
blh jer drive keta.. tp malas nak pk psl parkir & duit nak byr parkir..

sesampai Teman di sinun, dgn confidence Teman gi ke Tgkt 17..
sobab tahun lopas Teman renew kat situ ajer..
kuar lif, lain plak opis tu.. ada tulisan TaHa..
dlm fikiran.. 'takkan dah tutup outlet sini'
'tak boleh jadik nie..kat ner lagi nak gi renew..'

trus Teman gi ke kaunter soalan&jawapan di ground level..
rupenye dah opis tu dah pindah ke melawati..
yg ada tinggal kaunter (meja) & equipment..
mana plak gi staf nie..
dgn tersengih2.. dtgler awek dok kat blkg meja tu..
malangnyer kat situ xleh wat roadtax skali.. xde ejen katernyer..

dah settle bab insurans, gi plak bank nak settle roadtax..
org yg incharge xde plak kat opis..
maka bjalanla pulang Teman ke opis..
cuaca panas terik plak dah.. ujian dari Ilahi.. kn redha & tabah..
Teman detour plak kat Ampang Park.. dah mcm explore race la plak ada detour..

Teman riki2 baju kurung utk wife.. kn ikut warna tema baju melayu Teman la plak..
warna cam limited edition jer baju melayu Teman..
tgk harga smuanyer atas rm99.99....
kaler cam Teman xdapat dikesan..
kalo baju raya, warna kena sedondon..
kalo paten ketupat, paten ketupat ler baju raya laki bini..
stakat nie idak lagi la..

riki2 biskut raya.. tp xde la mrasa..
nak mampus nak rasa biskut siang hari.. org tak waras jer boleh wat cam gitu..
dah puas meriki, brangkat ler ke opis..
gatal la plak kaki ni singgah ke maybank..
tanya pasal tukar duit raya..
kalo rezeki, onda spot la Teman tukar..

nak dekat ke kaunter Q&A (kaunter pertanyaan daa..) ada 1 notis..
mulai esok (27/8/2010) baru blh tukar duit..
utk lagi mconfirmkan notis tu, sajer jer Teman tnya awek kat kaunter tu..
dr beliau dok tpacak kat situ xde wat aper2, baek Teman bg keja skit..
tanya pasal .. bla bla bla bla..
tanya pasal tukar duit raya ler.. bkn tnya pasal awek tu..

mall pun dah ramai kunjungan.. baek Teman angkat kaki..
bukan per.. time lunch ramai amoi2 & asoh2 kuar lunch..
beliau smua pakai seksi2.. tseksa iman & pahala Teman kalo selisih...
kang kurus plak pahala Teman hari ni..
tup tup tup... sampai Teman di opis..
ni Teman nak wat keja.. nanti kiter sambung lagi citer ekk..
chao...





Wednesday, August 25, 2010

Produk McDonalds Malaysia.. Halal..

At last... sgala keraguan terungkai..
Teman ada gak terima emel bagitau produk daging McD tak halal..
disebabkan was2, Teman xmakan berger McD..

setelah kuar press release & official statement dr McD Malaysia..
menyatakan produk daging, kentang goreng & etc adalah halal..
dan mdapat pengiktirafan halal dari Jakim..

berikut adalah keratan dr official statement dr McD Malaysia yg dipetik dr Harian Metro 25/8/2010..

“Jika diteliti isi kandungan surat dalam rantaian facebook dan e-mel itu, Jakim memaklumkan kepada pembekal kami, MacFood Services pengiktirafan halal yang diberikan kepada Badan Pensijilan Pusat Islam Uruguay ditarik balik berkuatkuasa 15 April, 2010.

“MacFood Services mematuhi arahan itu dan membeli bekalan daging dari Australia sebaik sahaja ia berkuatkuasa,” katanya.

Mengenai sama ada daging yang diimport dari Uruguay sebelum 15 April lalu halal atau tidak, katanya, semua daging berkenaan mendapat pengiktirafan halal Jakim setelah pemeriksaan dibuat bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Bahagian Hab Halal Jakim memberi jaminan semua daging, kentang goreng dan bahan lain yang diimport McDonald’s dan pembekalnya diperiksa dan dipastikan halal.

“McDonald’s dan pembekalnya sentiasa memberi kerjasama dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan Jakim.

“Semua makanan dan minuman yang disediakan McDonald’s 100 peratus halal dan pengguna tidak perlu was-was menikmati makanan yang kami hidangkan,” katanya.


iktibarnyer.. Selidik dulu walau apa berita yg diterima..

samaada ia sahih atau tidak..

Dah boleh enjoy McValue Meal & others McD's produk tanpa was2..


Teman mjawab Tag Team k.Sue

sila jawab Tag Ini...

ni menjawab TAG dari k.Sue

1.syarat pertama mengunakan huruf pertama dari blog

Jeng jeng jeng.. B la...knapa B?? suka hati Teman la.. ahaks

syarat 2 jawapan tak bole diulang2..

mmg xnak ulang.. wat penin je.. kuikuikui...

okey Teman dah bersedia untuk menjawb soklan2 brantai..



1. nama anda
BAIN... nama timangan ms skolah.. bawak smpai ke tua.. org tua Teman dah tau.. femes gitu...

2. perkataan 4 huruf
BEST

3. Nama budak lelaki
BAD.. ramai kawan Teman nama Bad.. Badrol, Badrul, Badul... dr kecik smpai ler Teman besar, ada jer nama kawan Teman Bad..

4. nama budak perempuan
BADRIAH.. Teman main sebut jer... (xde kena-mngena dgn yg hidup&mati)..

5. pekerjaan
BOSS... tak suka jadi kuli.. tp, skrg masih lg kuli... huhuhu...

6. warna
BIRU..

7. sesuatu yang anda pakai
BAJU... smua pakai... orang2 kat sawah pun pakai gak.. tak gitu k.sue..

8. makanan
BENGKE.. betol ker Teman sebut ni?? mcm bahulu kemboja rupernyer...

9. sesuatu yang bole di jumpai di dalam tandas
BUIH.. syok...

10.tempat
BOTA... unik sobab BOTA ada kiri dan kanan.. xcaya?? Google la..

11. alasan bila lewat
Bla bla bla... xpernah bg alasan bila lewat..betol ker??

12. sesuatu yang anda bole jerit kan
BAGUS !!! aper yg bagusnyer ntah..

13. tajuk filem
BODYGUARD... lakonan JetLi plg best..

14. minuman
BLENDED.. tak kira ais blended... jus blended.. asal sodap..

15. kumpulan music
BACKSTREET BOYS.. the shape of my heart... layan je, jgn byk citer...

16. haiwan
BADAK...bukan Teman.. tp BADAK.. mcm si Badak Biru..

17. nama jalan
BENDI... cuba carik kat shah alam

18. nama jenis kereta
BMW... BENTLEY.. keta2 mewah tue..

19.nama yang bakal di tag


Liza.Aziz ... Kicapcuka.. blurr33 .. gismo82

Tuesday, August 24, 2010

al-Kisah hari SeLaSa...

Salam semua... salam pagi (sikit lg nak noon)..
Hari nie Teman cuti spara hari..
Teman gi JPJ pagi td.. ada temusiasat..
utk tidak mengkecamukkan fikiran Teman, Teman gi awal la dr hari yg spatutnyer..

butir2 mmg betol..
Teman kn kompaun rm300..
tp sobab Teman rakyat yg btanggungjawab &
di bawah pimpinan pemimpin yg prihatin, Teman diberi diskaun..
jumlah kena bayar ialah... rahsia...

maka terlapang lah fikiran Teman..
Tgh jalan kaki ondaway dr kaunter bayar kompaun ke keta..
Terdapat 1 meja kaunter Zakat Fitrah beserta Amil nye..
Amil dr Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan..
tanpa blengah, Teman trus bayar Zakat Fitrah..
Utk Teman & tanggungan Teman..
berjumlah rm14.. (rm7 sorang)..
beres dah urusan yg penting utk hari ni..

kompaun dah settle... Zakat Fitrah dah di bayar..
terasa lapang dada & tenang fikiran Teman..
atas faktor keselamatan, Teman xinclude gegambo kompaun & zakat..

maka dgn itu, Teman pun masuk ler opis pada noon..
ingatkan nak amik EL 1 hari...
tp.. fikir2... masuk je la keja spara hari..
ada gak keja hari nie yg memerlukan ke'pakaran' Teman pd hari ni..




Monday, August 23, 2010

Saya Anak Malaysia

Saya Anak Malaysia – Dr Sam


1953
Bulan 5 aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
Negeri Sembilan

Selepas itu aku dibesarkan
Di negeri Kelantan
Aku belajar di sekolah orang putih
Dekat dengan Pasir Puteh

Saya Anak Malaysia
Saya Anak Malaysia
Saya Anak Malaysia
Saya Anak Malaysia

Lepas sekolah aku merayau
Negeri mat saleh aku merantau
Tempat orang indah sekali
Tapi Malaysia tetap di hati

Saya Anak Malaysia
Saya Anak Malaysia
Saya Anak Malaysia
Saya Anak Malaysia

Corus

Sampai masa aku pun balik
Makweku tengok dia pelik
Dia kata nak jadi apa
Aku kata itu Tuhan punya kuasa

Lemah lembut sopan santun
Sudah menjadi darah dagingku
Walaupun aku nampaknya kutu
Aku hormat orang tuaku…

Saya Anak Malaysia
Saya Anak Malaysia
Saya Anak Malaysia
Saya Anak Malaysia

Saya Anak Malaysia
Saya Anak Malaysia
Saya Anak Malaysia
Saya Anak Malaysia

JaluR GemiLanG.. di HaTi TeMaN..

Salam...
Demi mnyahut kempen kibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan yg ke-53
yg akan blangsung pada 31 Ogos..
Teman mngambil inisiatif meletak (kibar) bendera Jalur Gemilang di partition Teman..
menunjukkan betapa patriotiknyer Teman pd negara Malaysia tercinta..

31 Ogos juga tarikh penting bg Teman..
bila tiba tarikh itu, akan Teman bgtau knapa ia penting bagi Teman..







** Malaysia & Jalur Gemilang akan tetap btakhta di hati Teman & stiap Warganegara Malaysia.

Jumaat yg dah lepas..


Salam smua.. Salam 13 Ramadhan..
Sungguh indah senario pg nie.. sjuk je..
keadaan trafik yg kejap ok, kejap sesak.. lps tu ok plak..
tp apa yg penting, Teman xlewat sampai opis pg nie..

dok citer pasal trafik jam..
Jumaat lepas time balik keja... mmaaakk aiii...
Jam teruk kat KL..

Stiap ptg Jumaat time nak balik, jalan kat KL mesti jam teruk..
tak sah kalo tak jam..
Teman ada rakam bberapa gegambo keadaan trafik pd ptg Jumaat..
Teman rakam dr opis Teman..
opis kat tgkt 21, mmg nampak ler keadaan Jalan Tun Razak & Jalan Ampang..


pic #1: Jalan Ampang.. ramai dah q amik no giliran..




pic #2: Teman x tau nama jalan nie.. layan jer la..



pic #3: Jalan Tun Razak.. femes ngan jam.. hiway akleh xjam (jln bbayar, tu yg xjam)





Friday, August 20, 2010

Apa Tengok2 ??...

Salam smua.. Salam 10 Ramadhan.. pejam celik pejam lagi celik lagi, dah 10 hari kiter bposa..
tinggal lagi 20hari nak posa..

kasar benor tajuk Teman hari nie.. al-kisahnyer bmula pagi tadi..
sedang Teman bgegas (nak copat) kuar dari umah..
Teman nampak ada kucing oren menyelinap masuk bawah gate umah Teman..
Teman wat tak pot la.. slalu sgt kaum kucing jalanan lepak kat laman umah Teman..
almaklumla byk umput & pasir..

sedang Teman reverse & tutup gate.. tnampak ler makhluk tue (si kucing oren)..
tgh dok syok dok kat penjuru laman umah yg mhijau (rumput pjg)..

Teman tanya si Gemok (kucing oren tu ler)..
"Deme wat per?? mbuang ker??"..
dah la xmenjawab, beliau pandang kerek plak kat Teman..

kebiasaannyer kalo kucing mana2 pndg kerek kat Teman, akan Teman starlite jer..
tp beliau tselamat sobab Teman dah lambat gi opis (Teman skt perut lagi)..


berikut adalah aksi si Gemok tkantoi dgn N95 Teman..



pic #1: "Cam ada makhluk riki aku jer.. cik biskut ker yg riki..nak aum aum skit.." bisik si Gemok..




pic #2:"Alamak!! Tkantoi dgn tuan umah.. buat2 cam aku nak b***k" bisik Gemok sndiri..


Thursday, August 19, 2010

al-kisah di awal Ramadhan...

al-kisah di awal Ramadhan di KL..


cuaca yg cerah & matahari yg terbit menyinarkan cahayanyer pd stiap pg..
menyerlahkan rekabentuk KLCC yg tinggi melampai sambil mmantulkan sinaran suria di besi2 nyer...



awan mula bergerak, bercantum anatara satu sama lain menjadi satu gugusan kepulan awan tak ubah seperti kapas..
macam gula2 kapas pun ader gak.. posa la wei..




Akibat awan2 yg sudah bersesak di langit & tak tertampung lagi menampung kandungan air yg lebih berat... maka turunlah salah satu ciptaan Allah S.W.T. yg paling berharga buat hidupan di muka bumi ini...
segalanyer tampak segar lagi bersih...



adakala hujan mnguji ketabahan & kecekalan manusia2 yg mcari rezeki yg bgelar peniaga & pelanggan bazar Ramadhan... malah hujan juga mnguji keimanan & ketaqwaan umat manusia atas suatu kejadian yg berlaku...



Merapu... bukan kerapu...

Salam for u all... hari nie Teman lambat mai opis..
nak kuar umah jer, prut mragam..
nak kuar lagi, prut mragam lagi...
rasanyer perut Teman mcm kempis ajer pagi nie..
nak cakap salah makan time sahur, betol jer smua..
xpenah salah belaka...

last2, lambat hari nie masuk opis..
hari nie dah masuk 9 Ramadhan.. esok dah Jumaat..
lusa dah Sabtu..

sbenarnya Teman ngah xde idea nak citer..
agaknyer idea tu dah diflush bsama2 isi2 perut..

Wednesday, August 18, 2010

Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Selangor


Rabu, 18/08/2010

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
Pagi : Tiada hujan
Petang : Ribut petir di satu dua tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat
Khamis, 19/08/2010

Hujan curah/sementara di satu dua tempat
Petang
Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang : Hujan curah/sementara di satu dua tempat
Malam : Tiada hujan
Jumaat, 20/08/2010

Hujan curah/sementara di satu dua tempat
Petang
Pagi : Tiada hujan
Petang : Hujan curah/sementara di satu dua tempat
Malam : Tiada hujan
Sabtu, 21/08/2010

Tiada hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Tiada hujan
Petang : Tiada hujan
Malam : Tiada hujan
Ahad, 22/08/2010

Tiada hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Tiada hujan
Petang : Tiada hujan
Malam : Tiada hujan
Isnin, 23/08/2010

Tiada hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Tiada hujan
Petang : Tiada hujan
Malam : Tiada hujan
Selasa, 24/08/2010

Tiada hujan
Sepanjang Hari
Pagi : Tiada hujan
Petang : Tiada hujan
Malam : Tiada hujan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails