Salam... sedang Teman 'bsiar2 makan angin' dlm internet..
tetiba Teman tsandung kat tajuk 'ubat-ubatan beracun'...
Ni Teman just nak recap atau remind jer..
Nanti Teman cari apa makna benda sibutramine & etc...
47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitamKUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.
“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.
Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.
Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.
Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.
“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.
Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.
Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.
“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.
Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).
Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.
INFO:
Produk disenarai hitam Kementerian KesihatanProduk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:KintopBody BeausBMI-9 Xylimming CapsuleSenna Plus CapsuleProduk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:ObexlimSlimax CoffeeBeaute Fit Body ContourBody TrimzProduk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:Makjun Taufiq Dua IstimewaMajun Dua IstimewaGinseng Jin Fui WanMaajun Tenaga Herba Ubi JagaJamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei CapsuleRen Sem Tu Chon Chin Kuo PillMakjun Syafiq 3 IstimewaReepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:Eriesya Spa Beauty CreamAtika Beauty Renewal CreamTemulawak Whitening Pearl Cream PapayaRatna Sari Whitening Night CreamTia Amelia Krim JeragatChantique Whitening Night CreamRZAC White Pearl CreamNuriz Day and Night CreamElite Rias Er CreamR&Z Whitening Night CreamBeauty Line Beautitude Multipurpose CreamPigmentation Recovery ComplexZara Rejuvenation CreamNatasya Krim Herba GoldDe Putih Night CreamProduk tradisional berdaftar ada antihistamine:Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough PillProduk tidak berdaftar mengandungi antihistamine:Pil Zhen Zhu Bai Fong WanQian Tong DanRaja Ubat ResdungCoral Plus UA 350MG