iKLaN

Saturday, September 24, 2011

iNFo: KUD 2011 @ PutraJaya



Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan menganjurkan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 21 hingga 25 September 2011 (Rabu-Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 adalah bertemakan "PRODUK DESA CITARASA MALAYSIA" yang melibatkan penyertaan seramai 500 orang usahawan luar bandar dalam empat (4) kategori yang utama iaitu makanan/minuman, herba, kraftangan dan perkhidmatan. Pelbagai program menarik telah dirancang dalam penganjuran KUD 2011 seperti berikut:

a. Pameran dan jualan produk-produk berkualiti usahawan luar bandar;
b. Business matching;
c. Pameran jabatan/agensi KKLW (KEMAS, MARA, KEJORA, RISDA, FELCRA, KETENGAH, JAKOA, KESEDAR, KEDA, INFRA dan PPNP );
d. Pameran Kementerian/Jabatan/Agensi jemputan termasuk institusi kewangan;
e. Demonstrasi produk, demonstrasi permainan tradisional;
f. Demonstrasi masakan tradisional pelbagai negeri;
g. Persembahan kebudayaan;
h. Persembahan artis-artis jemputan;
i. Forum perdana;
j. Pameran teknologi & inovasi; dan
k. Auto show.



3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. date pd tentative/jadual program sepatutnya 25-29/9/2013.

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails