Nie Teman baru dapat info pasal zakat fitrah utk tahun nie.. Teman petik artikel dari Harian Metro...
KUALA LUMPUR: Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di seluruh negara untuk tahun ini ditetapkan antara RM5 dan RM8, berbeza mengikut negeri masing-masing berdasarkan harga beras.
Malah, ada negeri memberikan pilihan kepada masyarakat dengan menetapkan lebih daripada satu kadar bayaran seperti Terengganu dengan RM5, RM7 dan RM8 manakala Johor RM5 dan RM7.50.
Sarawak RM5.20, Perlis RM6, Negeri Sembilan dan Melaka RM6.50, Sabah RM6.80 manakala Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Kedah, Perak dan Selangor ditetapkan RM7.
Kadar terbabit tidak banyak berbeza dengan tahun lalu, sekali gus dijangka tidak membebankan masyarakat.
Utk keterangan lanjut mengenai kadar bayaran Zakat Fitrah di Terengganu sila telefon no telefon di bawah atau klik link Website Rasmi Majlis Agama Islam & Adat Melayu Terengganu..

Utk keterangan lanjut mengenai kadar bayaran Zakat Fitrah di Johor sila telefon no telefon di bawah
NOMBOR TELEFON :
|
07-2282999
07-2282937 |
FAKS :
|
07-2238752 / 07-2275173
|
E -MAIL :
|
atau klik link Website Rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor