iKLaN

Thursday, September 30, 2010

Ayat 1000 Dinar...


Bermaksud :

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)




Salam smua.. Teman hari nie nak bkongsi ilmu serba sedikit dgn rakan2 blogger.. Kalo ada ilmu/info yg baik, akan Teman kongsi bersama deme smua..
Dlm al-Quran, pelbagai khasiat terkandung di dalam stiap surah yg dibaca & diamalkan..
kali nie Teman nak bkongsi bkenaan ayat 1000 Dinar..

Di antara khasiat atau faedah yg terkandung dlm ayat 1000 Dinar ini ialah:

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas solat sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah Ta'ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah Ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah Ta'ala, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada solat lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah solat lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.


Haruslah diingatkan bahawa sgala ayat yg diamalkan adalah kerana Allah Ta'ala & yakin sgala penyelesaian dtg dari Allah Ta'ala dan bukan dari ayat2 yg diamalkan..
Diharapkan ilmu yg disampaikn Teman ini berguna kpd rakan2 Islam skalian..

4 comments:

  1. at last.. komeng dr blurr... bkn sonang deme nie post komeng.. thanks..

    ReplyDelete
  2. kita berikhtiar kan.mohon.Kalau tak berjaya di dunia, kat akhirat allah kasi..betul tak bain?

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum bain , aku kongsi skali ye kt blog aku ;)) terima kasih... copy je sbnrnye ha2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails