iKLaN

Friday, August 6, 2010

Pos Malaysia..

Kali nie Teman nak bcerita pasal Pos Malaysia.. Teman refer pd website Pos Malaysia.. Waktu bcinta dulu, hntr surat melalui pos mjd pilihan. Time tu zaman Teman, nak miliki hp punyer la mahal apatah lagi nak topup prepaid.. kalo call, kejap jer.. gn publicfon lagi murah.. kirim surat mmg suatu yg unik.. kiter leh tgk tulisan tgn dia.. kdg2 ada gak disertakan bau2 wangi (tabur bedak talkum atau perfume).. hehehe.. skrgni gn emel jer.. tp khidmat Pos Malaysia ttp digunakn.. lebih2 lagi utk bisnes.. tp plg masyhur time posa (hntr kad raya)... ms bujang rajin ler bg kad raya kat buah hati.. nak kn pos kat beliau lg cpt dr org lain,kalo tak mrajuk.. hakhakhak.. Teman nak citer lebih tak moh.. berikut adalah serba sikit sejarah Pos Malaysia..



Sejarah Pos Malaysia bermula seawal tahun 1800-an dengan penubuhan perkhidmatan pos yang pertama di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan menjelang awal kurun ke-20, perkhidmatan pos meliputi seluruh Malaya.

Surat-surat kemudian disampaikan melalui penghantar surat atau utusan khas. Berbanding setem pos berbayar, bayaran perkhidmatan dikutip apabila surat-surat dihantar ke pejabat pos. Resit akan diberikan bagi surat-surat yang dipos.

Bagaimanapun sistem ini berubah apabila setem-setem India mempunyai cetakan mahkota dan setem-setem Selat cetakan dolar dan sen diperkenalkan pada 1867. Setem-setem pos berbayar pertama telah diperkenalkan pada 1901.

Bermula sebagai satu saluran penghantaran surat, dokumen surat khabar dan perniagaan, perkhidmatan pos kemudiannya berkembang menjadi pembekal perkhidmatan yang berganda. Ia mula menceburi ke dalam perkhidmatan penghantaran bungkusan, pendaftaran, insurans, urusniaga wang (Wang Pos dan Kiriman Pos) serta pelaburan dana (Simpanan Bank Pejabat Pos).

Perkhidmatan pos yang ketika itu dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Pos, juga mula mengambil alih pelbagai perkhidmatan bagi pihak agensi-agensi kerajaan. Ia dimulakan dengan mengutip bayaran bil elektrik, jualan lesen anjing, bayaran pencen, jualan lesen televisyen dan sebagainya.

Setelah mencapai kemerdekaan pada 1957, Malaysia memulakan penyertaan secara aktif di dalam pertubuhan antarabangsa agar seiring dengan pembangunan sosial dan ekonomi. Antara lain, ia menjadi ahli Kesatuan Pos Sejagat (UPU) pada 17 Januari 1958, satu penyertaan di mana Malaysia menjadi ahli yang dinamik sehingga ke hari ini.

Setelah negara melangkah ke abad 21, perkhidmatan pos di Malaysia yang lebih dikenali sebagai Pos Malaysia Berhad terus berusaha untuk memenuhi permintaan dan keperluan pasaran dan tingkahlaku pelanggan yang sering berubah.

Awal tahun 1992, Pos Malaysia Berhad telah mencipta sejarah dengan membuat perubahan besar sejajar dengan kebebasan perniagaan. Dengan kebebasan, muncul pula satu cabaran yang lebih hebat. Berdepan dengan persaingan yang kompetitif, Pos Malaysia Berhad memulakan perjalanannya dengan mengukuhkan operasinya melalui pengasingan perniagaan yang terdiri daripada empat unit utama Perniagaan Strategik yang dinamakan PosMel, PosLaju, PosNiaga dan PosLogistik.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails