iKLaN

Wednesday, August 25, 2010

Produk McDonalds Malaysia.. Halal..

At last... sgala keraguan terungkai..
Teman ada gak terima emel bagitau produk daging McD tak halal..
disebabkan was2, Teman xmakan berger McD..

setelah kuar press release & official statement dr McD Malaysia..
menyatakan produk daging, kentang goreng & etc adalah halal..
dan mdapat pengiktirafan halal dari Jakim..

berikut adalah keratan dr official statement dr McD Malaysia yg dipetik dr Harian Metro 25/8/2010..

“Jika diteliti isi kandungan surat dalam rantaian facebook dan e-mel itu, Jakim memaklumkan kepada pembekal kami, MacFood Services pengiktirafan halal yang diberikan kepada Badan Pensijilan Pusat Islam Uruguay ditarik balik berkuatkuasa 15 April, 2010.

“MacFood Services mematuhi arahan itu dan membeli bekalan daging dari Australia sebaik sahaja ia berkuatkuasa,” katanya.

Mengenai sama ada daging yang diimport dari Uruguay sebelum 15 April lalu halal atau tidak, katanya, semua daging berkenaan mendapat pengiktirafan halal Jakim setelah pemeriksaan dibuat bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Bahagian Hab Halal Jakim memberi jaminan semua daging, kentang goreng dan bahan lain yang diimport McDonald’s dan pembekalnya diperiksa dan dipastikan halal.

“McDonald’s dan pembekalnya sentiasa memberi kerjasama dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan Jakim.

“Semua makanan dan minuman yang disediakan McDonald’s 100 peratus halal dan pengguna tidak perlu was-was menikmati makanan yang kami hidangkan,” katanya.


iktibarnyer.. Selidik dulu walau apa berita yg diterima..

samaada ia sahih atau tidak..

Dah boleh enjoy McValue Meal & others McD's produk tanpa was2..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails