iKLaN

Thursday, October 14, 2010

Proton Inspira 2010


Salam semua... selepas berteka-teki, buat puzzle, akhirnyer dah nampak 75% gambaran keta waja baru yg diberi nama Proton Inspira..
Proton dah buka secara rasmi kpd org ramai utk buat tempahan sebelum perasmian..
bab nama tue, Teman rasa xmatching dgn kesasaan & wajah nyer yg garang..
nama Inspira tue Teman rasa sesuai utk model MPV Proton ajer..
tp nak wat camner.. terima ajer la seadanyer..

ni Teman tepekkan beberapa gambar luaran Proton Inspira..
gambo dalaman, Teman xjumpa lagi...

Proton Inspira pada anggaran harga jualan RM79,888 bagi model kelas bawah dan tidak melebihi RM95,000 bagi model peringkat tinggi.

Tempahan model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter boleh dibuat mulai hari ini di semua pusat jualan Proton di seluruh Malaysia.

Pelancaran rasmi Inspira dijadualkan pada 10 November ini.

Wednesday, October 13, 2010

Kemalangan Ngeri 10.10.10

Salam smua..

Disini Teman ucapkan Salam Takziah buat keluarga mangsa nahas ngeri di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau pd 10.10.2010..

Al-Fatihah Teman kirimkan buat mangsa nahas yg beragama Islam..
kpd keluarga mangsa nahas, diharapkan dpt menerima suratan takdir dgn tabah & redha dgn ketentuan Ilahi..

Berikut ialah senarai nama mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas


  • R Ramachandra, 52 – pemandu bas Ekspres Delima (Alamat: Batu 3 Kampung Tengah, Klebang Besar, Melaka)
  • Muhammad Farizuddin Talib, 19 – penumpang bas (Balai Panjang, Malim, Melaka)
  • Azizi Ajis, 20, – penumpang bas (Kampung Japis, Nyalas, Melaka)
  • Norazmi Abdul Karim, 24 – penumpang bas (Kampung Pondok Kempas, Selandar, Melaka)
  • Sharene Sofia Fadzry Tan, 18 – penumpang bas (Taman Semabok, Melaka)
  • Nur Shafika Baba, 19 – penumpang bas (Jalan Pokok Mangga, Melaka)
  • Ng Sok Kuan, 52 – penumpang bas (Sungai Udang, Melaka)
  • Pau Khaw Tual, 21 – penumpang bas (Warga Myanmar)
  • Kam Khaw Tual, 19 – penumpang bas (Warga Myanmar)
  • Cin Chwen Tuang, 30 – penumpang bas (Warga Myanmar)
  • Goo Chuan Heng, 34 – pemandu van Toyota(Taman Maju, Batu Pahat, Johor)
  • Pang Shi Moe, 57 – penumpang kereta Honda Accord (Taman Segar, Segamat, Johor)



  • Gambo2 di bawah antara keadaan kawasan kemalangan ngeri tersebut.. gambo ehsan dr
    http://ohmalaysia.com










    Monday, October 11, 2010

    ada apa dgn 10.10.2010 ??

    Salam smua.. salam hari isnin..
    waarrrgghh... menguap lagi Teman.. dah brapa kali Teman nguap..
    badan masih rs sengal2.. bkerja keras smlm..

    10.10.2010 atau 10.10.10..
    tarikh keramat la katanyer.. bukan Teman kata..
    xde nyer istilah tarikh keramat dlm hidup Teman..
    tarikh penting adeler..

    mcm2 tjadi pd 10.10.10.. ada peristiwa manis, meletihkan, hitam pun ada..
    peristiwa manis??
    sepupu wife Teman nikah & 'sanding' pd tarikh tsebut..
    majlis beliau rsnyer sukses..

    peristiwa meletihkan plak..
    adalah majlis spupu wife Teman tu ler..
    not-properly organise.. itu yg Teman boleh katakan..
    dr acara sediakan masakan & aturcara majlis, langsung xdbagitau dgn jelas kpd adik-bradik mertua Teman..
    hanya puan tanah jer yg tau...
    syabas Teman ucapkan pada diri sendiri, wife, adik-bradik mertua Teman & spupu-spapat wife Teman mjayakan majlis puan tanah..
    deme smua memang all out ler pd sabtu & ahad..
    Teman agak terkilan kami xdpt info majlis scara tperinci..
    sampai la nie Teman rasa sengal2 otot..

    bab peristiwa hitam plak..
    berlaku kemalangan ngeri di hiway PLUS bhampiran Tol Simpang Ampat..
    12 maut, lebih 40 org cedera parah..
    eksiden mbabitkan 2 bas, 3 keta & 1 van..
    Teman xdpt nak komen lebih pasal eksiden nie..
    gambo pun Teman xattach sobab xsampai hati bila nengok..
    apa2 hal, Takziah buat keluarga mangsa..

    Friday, October 8, 2010

    Gen2.. Neo... 2004-2008... Safety Recall





    Salam smua.. hari ini dlm sejarah..
    Proton memanggil smula smua model Gen2 & Neo yg dikeluarkan pd 2004-2008 utk mengganti / memperbaiki 'clock spring' yg boleh menjejaskan keselamatan pengguna bg kedua2 model tersebut..

    'Clock spring' menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.

    Ujian rutin Proton mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

    Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

    Menurut Proton, semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

    Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu atau menelefon mana2 pusat servis Proton seluruh negara utk pengesahan.

    Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.

    Tuesday, October 5, 2010

    Buah Delima (D5)...


    Salam smua.. lewat skit Teman post n3 hari nie..
    biar lamabat asalkn ada n3.. kanss..
    hari nie Teman tgerak hati nak bciter pasal buah delima..
    atau di kodkan oleh Teman sbg buah D5...
    bukan group D5 tue yer...
    ada sikit info yg Teman dpt share wat rakan2 blogger stelah Teman google..

    Delima (Punica granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Buah Delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba. Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika. Delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

    Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada bulan September sehingga Februari. Manakala di Hemisfera Selatan, musim berbuahnya adalah dari bulan Mac sehingga Mei.

    Buah D5 nie mempunyai khasiat yg tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek. Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadaman.

    Tp yg plg penting Teman nak ketengahkan disini adalah Teman ucapkan jutaan trima kasih wat
    rakan yg mhadiahkan buah delima (D5) nie pd Teman..

    Monday, October 4, 2010

    Jalan2 @ weekend.. Felda Gedangsa

    Salam smua.. salam ceria wat smua.. ceria la skit, walaupun hari nie hari isnin..
    mesti ramai yg xpuas b'weekend lagi...
    ni Teman ada la nak citer weekend Teman yg bebaru nie..

    Pd Sabtu yg lepas (kelmarin) tcatat ler agenda tahunan dlm kalendar hidup Teman..
    di mana Teman hadir dlm pjumpaan raya Persatuan Cucu-cici Kerani Samad..
    nie merupakan Persatuan keluarga belah mak Teman..
    acara di mana smua waris, cucu-cicit bkumpul..
    dah ramai sgt.. nak dkt beribu gak la kalo dikumpul betol2..

    utk tahun nie 2010, acara diadakan di umah saudara di Felda Gedangsa..
    xpenah pegi ke umah beliau.. nie kali pertama..
    Teman mmg ada zero knowledge/info ttg keadaan jalan & jarak ke sana..
    ayah Teman pun xtau..
    about da route, nasib baek Teman wiki dulu..
    guna hiway utara-slatan, kuar kat bukit tagar..
    lps tu guna jalan lama lalu felda sg tengi, soeharto utk smpai ke felda gedangsa..

    keadaan jalan agak mcabar, tp skali-skala ada lubang sikit..
    yg mcabar nyer tue lebar jalan nyer.. xde bahu jalan bertar langsung..
    syukur Teman drive kancil.. ada la ruang bbrapa cm jer nak dgn kenderaan btentangan..
    kalo pakai keta besau ala2 Estima, seram jer..
    tp kesian plak org2 di dlm keta.. kami ber5.. mcik plak nak tumpang skali..
    kalo tak, selesa ler mak & wife Teman di blakang..

    penah skali di suatu selekoh..
    kat slekoh tue ada lobang di bahu jalan.. nak ngelak, tetiba sbijik treler kuar dr arah btentangan..
    dah la laju, treler tu makan jalan Teman skit plak tu..
    kalo dielak lobang tu, ada plak kancil Teman masuk dlm statistik kemalangan..
    tpaksa la Teman langgar gak lobang tu demi nyawa org2 dlm keta..
    syukur slamat..
    tu lah pngalaman plg dahsyat..

    ni ada gambo skit Teman google..
    mmg xdan nak amik gambo ms dlm pjalanan..

    Venue utk tahun dpn akan diadakan di rawang..
    another unknown route to my saudara punyer umah..




    Thursday, September 30, 2010

    Ayat 1000 Dinar...


    Bermaksud :

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

    Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

    (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)




    Salam smua.. Teman hari nie nak bkongsi ilmu serba sedikit dgn rakan2 blogger.. Kalo ada ilmu/info yg baik, akan Teman kongsi bersama deme smua..
    Dlm al-Quran, pelbagai khasiat terkandung di dalam stiap surah yg dibaca & diamalkan..
    kali nie Teman nak bkongsi bkenaan ayat 1000 Dinar..

    Di antara khasiat atau faedah yg terkandung dlm ayat 1000 Dinar ini ialah:

    Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas solat sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah Ta'ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah Ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah Ta'ala, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

    Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

    Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada solat lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

    Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah solat lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.


    Haruslah diingatkan bahawa sgala ayat yg diamalkan adalah kerana Allah Ta'ala & yakin sgala penyelesaian dtg dari Allah Ta'ala dan bukan dari ayat2 yg diamalkan..
    Diharapkan ilmu yg disampaikn Teman ini berguna kpd rakan2 Islam skalian..

    Wednesday, September 29, 2010

    Corat-coret...

    Salam smua... pergghh.. dah lama Teman xbcoret dlm blog..
    rasa cam dah berabad.. nasib baek tak nampak sawang kat blog Teman nie..
    last skali Teman ceta pasal demam..
    ni Teman br ada masa nak coret.. bz plaks skrg nie..

    hari nie Teman rasa sunyi plaks.. hari nie hari ke2 wife tak disamping Teman..
    beliau bkn ke mana.. gi kursus usahawan kat shah alam..
    slama 4 hari tue.. 3 malam Teman tdo btemankan ikanz aje...
    nasib baek masa cepat blalu.. tggl esok lagi jer...
    rasanyer berat badan Teman makin btambah dlm 2 hari nie..
    rindu punya pasal la nie berat Teman naik.. huhuhu..
    bila tringat wife jer, Teman makan..
    asal makan jer tringat wife... huhuhu..
    keadaan umah pun mcm tongkang pocah..
    kalo ada baby, rsnyer blh main nyorok2 la kot..

    huhuhuhu...
    rindu... rindu serindu rindu nyer...

    smlm Teman tertengok ceta Lagenda Budak Setan bsiri kat astro...
    sebuah ceta romantis...
    sodeh gak Teman nengok.. tambah plak Teman sorang2..
    Teman bkn peminat ceta drama romantis.. Teman kaki ceta lawak, sains fiksyen & combat...
    xtau camner plak tsangkut tgk ceta tue...
    tp sebab dia best kot..
    plakon utama dia pun gempak gak..
    farid kamil.. kalo diganding dgn lisa surihani mesti lagi real & hidup ceta tue...
    mcm dlm ceta I'm not single..
    thumbs up to farid kamil & lisa surihani...

    kpd bloggers, apa lagi ceta yg ada gandingan farid kamil & lisa surihani ??
    wife Teman suker bebenor nengok deme blakon bdua...


    Tuesday, September 21, 2010

    Tak CihaT..


    Salam smua.. salam 12 Syawal.. Teman dr mlm tadi asyik bersin ajer.. hidung dah brair mcm bear comel kat atas.. tp Teman tetap gi keja.. ingatkan nak halfday jer.. tp hati & prasaan masih kental.. smpai umah nanti terlepek ler..

    hari nie Teman xbwk keta.. sobab wife drive.. takkan ler keta tue jalan sendiri walaupun namanyer kancil.. kang ada yg pengsan kat tepi jalan..
    nape plak wife drive?? meneman adek beliau gi interview keja kat KL..
    beliau baru nak graduate..

    jalan2 kat KL nie wife Teman dah mahir skit.. hasil gigih Teman drive & paksa wife tgk jln..
    slalu nyer beliau layan lentok dlm keta..
    kalo suruh beliau jg 'gps' (baca peta), maap ler jawabnyer..
    tgk peta sendirik ler kawan..

    nie balik nie, Teman kn naik LRT pulang ke umah..
    malas betol Teman nak bhimpit.. tp nak wat camner..
    takkan Teman nak jln kaki dr opis ker umah..
    kang trus stop kat HKL plak.. pengsan sobab ingus byk kuar..
    bsesak dlm LRT lagi selesa dr bhimpit dlm komuter..
    air flow dlm LRT lagi tjamin dr komuter..
    penah Teman naik kmuter yg aircond nyer xbfungsi..
    lagi bagus naik tren antarabandar..

    kat luar opis pun cam ujan lobat ajer..
    ada gaya Teman demam esok..
    kalo Teman xmai keja esok, kengkawan opis pepaham la yer...
    bukan ngelat, tp domam...

    Friday, September 17, 2010

    Selamat Kembali..


    Salam 8 Syawal semua.. selamat kembali ke blog Teman..
    dah agak lama Teman x bblog.. bkn nyer kat kg Teman & wife xde broadband..
    broadband kat area kg kami paling laju... cuma Teman jer xbawak laptop..
    nak fokus pd raya..

    hari nie gak hari pertama Teman masuk opis lps raya..
    rajin plak Teman keja hari Jumaat (puji skit ownself.. saper lg nak puji kan)...
    dugaan betol.. ramai rakan2 opis xkeja lagi.. tambah plak cuaca mendong pepagi nie..
    nyaris2 tak bkurang lagi cuti available Teman..

    raya kali nie kami braya kat kg Teman dulu..
    raya ke2 dah blk ke kg wife plak..
    sistem giliran.. baru aman dunia..

    time raya jer dpt mkn ketupat & lemang..
    tak lupa gak pd rendang & serunding...
    spt kebiasaan, Teman akan beli lemang ms ondaway blk ke kg..
    xkira ler kg saper..
    dok gombak mmg sonang nak dpt supply lemang masak scara perfect..

    raya kali nie Teman ada kesukaran nak dpt serunding..
    slalu byk jer jual kat tepi jln..
    blambak plak org mjual lemang kat tepi jln raya..
    tp deme xplak jual skali pakej dgn serunding..
    itu yg leceh..
    last2 bli rendang kerang ajer kat pekan Sabak Bernam..
    kalo rendang ayam/daging, emak Teman slalu masak..
    carik kelainan ler plak kan..

    Alhamdulillah jalan raya xsosak mcm tahun lps..
    sompat gak bbuka posa dgn famili kat kg walaupun kalut carik serunding/rendang dr KL smpai ke kg..
    terima kasih kpd deme2 yg pulang awal..
    tak lupa gak pd polis trafik yg bkawal pd hr posa terakhir..



    Wednesday, September 8, 2010

    Selamat Hari Raya Aidilfitri



    Salam smua.. Salam 29 Ramadhan..
    hari nie Teman melangkah lesu ke opis.. ramai staf yg dah mula cuti..
    lengang jer opis time nie..kebykan yg ada kat opis ni stakat badan ajer.. fikiran dah kat kg..
    badan rasa sakit2 plak lps ngurut..
    agaknya dah lama urat2 tak di alignment smula..
    kalo stakat urut kaki, byk kali Teman buat.. ni badan..
    skali urut, rasa sengal plak..

    tdo pun xcukup nak dekat raya nie.. sibuk tlg wife niaga kat uptown..
    pengunjung bertambah ramai bkunjung di uptown..
    ye lah.. ada yg tak sempat nak beli brg di siang hari..
    xmenang tangan wife Teman urus gerai..
    mcm2 ada kat gerai kami..
    tudung likra.. beg tgn pompuan size kecik ada, besau pun ada..
    baju muslimah pun ada..
    t-shirt biasa unisex pun ada..
    baju kurung cotton dewasa & bbudak pun ada..

    mlm nie last kami niaga utk bulan Ramadhan.. lps nie cuti 2 minggu..
    esok ptg btolak blk kg.. giliran kg Teman la plak..

    di kesempatan ini, Teman nak menyeru agar rakan2 blogger yg mana drive balik kg tu agar bhati2..drive dlm keadaan segar.. kalo ngantuk, rehat&tido kat RnR atau tempat rehat yg selamat..
    jgn blasah park keta kat tmpt gelap..
    penawar bg ngantuk adalah tido.. bkn minum kopi..
    drive biar ikut speed limit..
    kang poket org lain yg brisi, poket kiter yg rabak..


    Last skali Teman & famili mngucapkan
    Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin kpd deme smua sekiranya terkasar bahasa & komen secara sngaja atau tidak..



    Monday, September 6, 2010

    Doa... Waktu2 yg Mustajab...

    Sekadar bkongsi ilmu dgn rakan2..

    WAKTU-WAKTU YANG MUSTAJAB

    Oleh
    Ismail bin Marsyud bin Ibrahim Ar-Rumaih

    Allah memberikan masing-masing waktu dengan keutamaan dan kemuliaan yang berbeda-beda, diantaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang menyia-nyiakan kesempatan baik tersebut. Mereka mengira bahwa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeda. Bagi setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapatkan kesuksesan, keberuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajabah tersebut antara lain.

    [1]. Sepertiga Akhir Malam

    Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

    "Artinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya" . [Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat bab Doa Nisfullail 7/149-150]

    [2]. Tatkala Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa

    Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash Radhiyallahu 'anhu bahwa dia mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

    "Artinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pafa saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". [Sunan Ibnu Majah, bab Fis Siyam La Turaddu Da'watuhu 1/321 No. 1775. Hakim dalam kitab Mustadrak 1/422. Dishahihkan sanadnya oleh Bushairi dalam Misbahuz Zujaj 2/17].

    [3]. Setiap Selepas Shalat Fardhu

    Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ditanya tentang doa yang paling didengar oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala, beliau menjawab.

    "Artinya : Di pertengahan malam yang akhir dan setiap selesai shalat fardhu".
    [Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'awaat 13/30. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 3/167-168 No. 2782].

    [4]. Pada Saat Perang Berkecamuk

    Dari Sahl bin Sa'ad Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

    "Artinya : Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak ; doa pada saat adzan dan doa tatkala peang berkecamuk". [Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa' 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal. 341. Dan Al-Albani dalam Ta'liq Alal Misykat 1/212 No. 672].

    [5]. Sesaat Pada Hari Jum'at

    Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahwa Abul Qasim Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

    "Artinya : Sesungguhnya pada hari Jum'at ada satu saat yang tidak bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". [Shahih Al-Bukhari, kitab Da'awaat 7/166. Shahih Muslim, kitab Jumuh 3/5-6]

    Waktu yang sesaat itu tidak bisa diketahui secara persis dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeda-beda, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 11/203.

    Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada pada saat imam atau khatib naik mimbar hingga selesai shalat Jum'at atau hingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib.

    [6]. Pada Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari Bagi Orang Yang Sebelum Tidur Dalam Keadaan Suci dan Berdzikir Kepada Allah

    Dari 'Amr bin 'Anbasah Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

    "Artinya :Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun padamalam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengabulkannya" . [Sunan Ibnu Majah, bab Doa 2/352 No. 3924. Dishahihkan oleh Al-Mundziri 1/371 No. 595]

    Terbangun tanpa sengaja pada malam hari.[An-Nihayah fi Gharibil Hadits 1/190]
    Yang dimaksud dengan "ta'ara minal lail" terbangun dari tidur pada malam hari.

    [7]. Doa Diantara Adzan dan Iqamah

    Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

    "Artinya : Doa tidak akan ditolak antara adzan dan iqamah". [Sunan Abu Daud, kitab Shalat 1/144 No. 521. Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/87. Sunan Al-Baihaqi, kitab Shalat 1/410. Dishahihkan oleh Al-Albani, kitab Tamamul Minnah hal. 139]

    [8]. Doa Pada Waktu Sujud Dalam Shalat

    Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

    "Artinya : Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa sebab saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". [Shahih Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur'an fi Ruku' wa Sujud 2/48]

    Yang dimaksud adalah sangat tepat dan layak untuk dikabulkan doa kamu.

    [9]. Pada Saat Sedang Kehujanan

    Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

    "Artinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa pada waktu adzan dan doa pada waktu kehujanan". [Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078].

    Imam An-Nawawi berkata bahwa penyebab doa pada waktu kehujanan tidak ditolak atau jarang ditolak dikarenakan pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. [Fathul Qadir 3/340].

    [10]. Pada Saat Ajal Tiba

    Dari Ummu Salamah bahwa Rasulullah mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapatkan kedua mata Abu Salamah terbuka lalu beliau memejamkannya kemudian bersabda.

    "Artinya : Sesungguhnya tatkala ruh dicabut, maka pandangan mata akan
    mengikutinya' . Semua keluarga histeris. Beliau bersabda : 'Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, sebab para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan". [Shahih Muslim, kitab Janaiz 3/38]

    [11]. Pada Malam Lailatul Qadar

    Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.

    "Artinya : Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar". [Al-Qadr : 3-5]

    Imam As-Syaukani berkata bahwa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan. [Tuhfatud Dzakirin hal. 56]

    [12]. Doa Pada Hari Arafah

    Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari kakeknya bahwasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

    "Artinya : Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". [Sunan At-Tirmidzi, bab
    Jamiud Da'waat 13/83. Dihasankan oleh Al-Albani dalam Ta'liq alal Misykat 2/797 No. 2598]

    al-kisah...nak dekat raya..

    Salam semua.. Salam 27 Ramadhan..
    agak lama juga Teman x post aper2 n3 pd blog luahan rasa sedikit idea ini...
    al-maklum la.. tetiba Teman mjadi bizi..
    m'troubleshoot problem..
    workstation Teman pun dah sikit bengong, tp teman xbengong..ahaks..

    Tarikh nak nyambut Hari Raya Aidilfitri semakin hampir..
    rakan2 blog dah settle persiapan raya??
    Teman tahun nie sperti tahun2 lps, ala kadar ajer..
    Teman still braya bdua.. dgn isteri la.. blum dikurniakn cahaya mata..
    still in honeymoon mood.. :)

    tahun ni sayu sikit.. sobab bukan apo..
    masih sayup2 lagi bunyi angin 'bonus' dr kompeni..
    ibarat menanti hujan setitis di tanah gersang ajer..
    tp Teman still bdoa pd Ilahi agar kompeni bagi bonus..
    bukannyer dpt bonus tu trus tukar keta baru..
    tp dpt gak sedekah pd kanak2 yg bkunjung & masjid di kg halaman..
    dpt tbayang raut wajah gumbira mereka bila dapat duit raya..
    kebanyakan org2 kg Teman bukannye org senang..

    citer plak pasal mereka yg kurg bnasib baek.. tringat Teman pd program Majalah 3 baru2 nie..
    citer pasal 'homeless' atau golongan xberumah..
    mereka yg tido di kaki lima..
    dah sayu dah jiwa Teman ms taip nie..
    kisah mereka yg xde tempat berteduh.. mereka yg diabaikan oleh famili..
    paling hiba jiwa Teman bila melihat air mata keinsafan yg menitis dr 'hati' mereka..
    air mata yg menitis bila mereka bcerita sudah kematian ibu bapa..
    tidak dipedulikan oleh ahli keluarga kandung sendiri..
    ....
    ....
    maap ler.. Teman rasa sayu plak...
    Teman bsyukur kerana masih ada famili..
    Andaikata Allah mengizinkan Teman & wife jd jutawan, akan Teman bela mereka yg dlm kesusahan..
    beramal sepenuhnyer..
    Amin..

    stakat di sini kali nie coretan Teman..
    laen kali Teman conteng lagi di blog Teman nie..
    ...Wassalam...

    Wednesday, September 1, 2010

    Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

    Salam semua.. Salam Merdeka..
    Salam 22 Ramadhan..

    Tak terlambat kalo Teman ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke53 buat smua rakyat warganegara Malaysia..

    Malam tanggal 31 Ogos..
    Smua rakyat Malaysia sdg sibuk berhimpun di dataran merdeka KL utk melaungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka!..
    tp ada seorg ibu sdg berhempas-pulas melahirkn seorg insan yg comel di sebuah klinik swasta di KL..
    tepat jam 2pg, lahirlah seorg insan yg cute..
    lupa plak brp berat nyer.. nanti Teman check surat branak..
    insan comel tu skrg nie sudah besar..
    dah kawen pun..
    beristerikan seorg insan jelita..

    insan itu adalah Teman..
    Teman bbangga jd Anak Merdeka!

    maka, pd Sabtu yg lepas..
    bkumpullah segenap adik-beradik Teman di Shah Alam (umah parens)..
    mnyambut Hari Lahir Teman, wife Teman & khairil (ank buah Teman) yg lahir pd bulan 8..
    sambut awal skit sobab susah nak kumpul ramai2 satu masa..

    maka riuh-rendahla suasana umah tersebut..
    dibeli kek Hari Lahir..
    asyik2 kek prasa coklat jer.. kali nie Teman & wife spakat beli kek prasa lain plak..
    kek perasa Laici & vanila plak..
    disebabkan tak ingat saper lagi yg lahir bln 8, just pacak word 'Happy Birthday' ajer..


    pic #1: Kek Hari Lahir neutral.. very tempting tgk buah terpacak atas kek..

    pic #2: si Mata Besau main sorg2.. yg lain main bunga api..


    pic #3: ank2 buah yg besau2 main bunga api.. bapak2 mereka skali join..




    Monday, August 30, 2010

    WarKah 20 Ramadhan..

    Salam smua.. salam 20 Ramadhan...
    wah !! pejam celik, dah masuk hari ke20 dlm bulan Ramadhan..
    10 hari terakhir dlm bulan Ramadhan nie, ada 1 malam merupakan malam spesel..
    amat dinantikan oleh ramai umat Islam khususnye yg beriman..
    malam tersebut adalah malam Lailatulqadar..
    pada mlm tersebut jugalah Al-Quran telah diturunkan..

    Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

    Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
    Sebab turun surah al-Qadr
    Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
    Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
    Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
    Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
    Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
    Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
    Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
    Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
    Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
    Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
    Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
    Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
    Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
    Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
    Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
    Sama2 lah kiter memaksimumkan ibadah kita.. Untuk bekalan hari kemudian..
    Allahuakbar!!!

    Thursday, August 26, 2010

    al-kisah hari nie...

    Salam smua.. Salam 16 Ramadhan..
    Lewat skit Teman post n3 hari nie.. almaklumla...
    bz di pagi hari... byk urusan disettlekn.. ye ker.. betol la..

    sipi2 lagi nak tghr, Teman kuar jap menyetelkan bab insurans & roadtax kancil wife..
    maka bjalanla Teman dr opis ke Tabung Haji.. ada outlet Takaful Malaysia kat Tabung Haji..
    Alhamdulillah cuaca redup sikit2 panas dlm perjalanan tadi..
    blh jer drive keta.. tp malas nak pk psl parkir & duit nak byr parkir..

    sesampai Teman di sinun, dgn confidence Teman gi ke Tgkt 17..
    sobab tahun lopas Teman renew kat situ ajer..
    kuar lif, lain plak opis tu.. ada tulisan TaHa..
    dlm fikiran.. 'takkan dah tutup outlet sini'
    'tak boleh jadik nie..kat ner lagi nak gi renew..'

    trus Teman gi ke kaunter soalan&jawapan di ground level..
    rupenye dah opis tu dah pindah ke melawati..
    yg ada tinggal kaunter (meja) & equipment..
    mana plak gi staf nie..
    dgn tersengih2.. dtgler awek dok kat blkg meja tu..
    malangnyer kat situ xleh wat roadtax skali.. xde ejen katernyer..

    dah settle bab insurans, gi plak bank nak settle roadtax..
    org yg incharge xde plak kat opis..
    maka bjalanla pulang Teman ke opis..
    cuaca panas terik plak dah.. ujian dari Ilahi.. kn redha & tabah..
    Teman detour plak kat Ampang Park.. dah mcm explore race la plak ada detour..

    Teman riki2 baju kurung utk wife.. kn ikut warna tema baju melayu Teman la plak..
    warna cam limited edition jer baju melayu Teman..
    tgk harga smuanyer atas rm99.99....
    kaler cam Teman xdapat dikesan..
    kalo baju raya, warna kena sedondon..
    kalo paten ketupat, paten ketupat ler baju raya laki bini..
    stakat nie idak lagi la..

    riki2 biskut raya.. tp xde la mrasa..
    nak mampus nak rasa biskut siang hari.. org tak waras jer boleh wat cam gitu..
    dah puas meriki, brangkat ler ke opis..
    gatal la plak kaki ni singgah ke maybank..
    tanya pasal tukar duit raya..
    kalo rezeki, onda spot la Teman tukar..

    nak dekat ke kaunter Q&A (kaunter pertanyaan daa..) ada 1 notis..
    mulai esok (27/8/2010) baru blh tukar duit..
    utk lagi mconfirmkan notis tu, sajer jer Teman tnya awek kat kaunter tu..
    dr beliau dok tpacak kat situ xde wat aper2, baek Teman bg keja skit..
    tanya pasal .. bla bla bla bla..
    tanya pasal tukar duit raya ler.. bkn tnya pasal awek tu..

    mall pun dah ramai kunjungan.. baek Teman angkat kaki..
    bukan per.. time lunch ramai amoi2 & asoh2 kuar lunch..
    beliau smua pakai seksi2.. tseksa iman & pahala Teman kalo selisih...
    kang kurus plak pahala Teman hari ni..
    tup tup tup... sampai Teman di opis..
    ni Teman nak wat keja.. nanti kiter sambung lagi citer ekk..
    chao...





    Wednesday, August 25, 2010

    Produk McDonalds Malaysia.. Halal..

    At last... sgala keraguan terungkai..
    Teman ada gak terima emel bagitau produk daging McD tak halal..
    disebabkan was2, Teman xmakan berger McD..

    setelah kuar press release & official statement dr McD Malaysia..
    menyatakan produk daging, kentang goreng & etc adalah halal..
    dan mdapat pengiktirafan halal dari Jakim..

    berikut adalah keratan dr official statement dr McD Malaysia yg dipetik dr Harian Metro 25/8/2010..

    “Jika diteliti isi kandungan surat dalam rantaian facebook dan e-mel itu, Jakim memaklumkan kepada pembekal kami, MacFood Services pengiktirafan halal yang diberikan kepada Badan Pensijilan Pusat Islam Uruguay ditarik balik berkuatkuasa 15 April, 2010.

    “MacFood Services mematuhi arahan itu dan membeli bekalan daging dari Australia sebaik sahaja ia berkuatkuasa,” katanya.

    Mengenai sama ada daging yang diimport dari Uruguay sebelum 15 April lalu halal atau tidak, katanya, semua daging berkenaan mendapat pengiktirafan halal Jakim setelah pemeriksaan dibuat bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

    Bahagian Hab Halal Jakim memberi jaminan semua daging, kentang goreng dan bahan lain yang diimport McDonald’s dan pembekalnya diperiksa dan dipastikan halal.

    “McDonald’s dan pembekalnya sentiasa memberi kerjasama dan mematuhi segala syarat yang ditetapkan Jakim.

    “Semua makanan dan minuman yang disediakan McDonald’s 100 peratus halal dan pengguna tidak perlu was-was menikmati makanan yang kami hidangkan,” katanya.


    iktibarnyer.. Selidik dulu walau apa berita yg diterima..

    samaada ia sahih atau tidak..

    Dah boleh enjoy McValue Meal & others McD's produk tanpa was2..


    Teman mjawab Tag Team k.Sue

    sila jawab Tag Ini...

    ni menjawab TAG dari k.Sue

    1.syarat pertama mengunakan huruf pertama dari blog

    Jeng jeng jeng.. B la...knapa B?? suka hati Teman la.. ahaks

    syarat 2 jawapan tak bole diulang2..

    mmg xnak ulang.. wat penin je.. kuikuikui...

    okey Teman dah bersedia untuk menjawb soklan2 brantai..



    1. nama anda
    BAIN... nama timangan ms skolah.. bawak smpai ke tua.. org tua Teman dah tau.. femes gitu...

    2. perkataan 4 huruf
    BEST

    3. Nama budak lelaki
    BAD.. ramai kawan Teman nama Bad.. Badrol, Badrul, Badul... dr kecik smpai ler Teman besar, ada jer nama kawan Teman Bad..

    4. nama budak perempuan
    BADRIAH.. Teman main sebut jer... (xde kena-mngena dgn yg hidup&mati)..

    5. pekerjaan
    BOSS... tak suka jadi kuli.. tp, skrg masih lg kuli... huhuhu...

    6. warna
    BIRU..

    7. sesuatu yang anda pakai
    BAJU... smua pakai... orang2 kat sawah pun pakai gak.. tak gitu k.sue..

    8. makanan
    BENGKE.. betol ker Teman sebut ni?? mcm bahulu kemboja rupernyer...

    9. sesuatu yang bole di jumpai di dalam tandas
    BUIH.. syok...

    10.tempat
    BOTA... unik sobab BOTA ada kiri dan kanan.. xcaya?? Google la..

    11. alasan bila lewat
    Bla bla bla... xpernah bg alasan bila lewat..betol ker??

    12. sesuatu yang anda bole jerit kan
    BAGUS !!! aper yg bagusnyer ntah..

    13. tajuk filem
    BODYGUARD... lakonan JetLi plg best..

    14. minuman
    BLENDED.. tak kira ais blended... jus blended.. asal sodap..

    15. kumpulan music
    BACKSTREET BOYS.. the shape of my heart... layan je, jgn byk citer...

    16. haiwan
    BADAK...bukan Teman.. tp BADAK.. mcm si Badak Biru..

    17. nama jalan
    BENDI... cuba carik kat shah alam

    18. nama jenis kereta
    BMW... BENTLEY.. keta2 mewah tue..

    19.nama yang bakal di tag


    Liza.Aziz ... Kicapcuka.. blurr33 .. gismo82

    Tuesday, August 24, 2010

    al-Kisah hari SeLaSa...

    Salam semua... salam pagi (sikit lg nak noon)..
    Hari nie Teman cuti spara hari..
    Teman gi JPJ pagi td.. ada temusiasat..
    utk tidak mengkecamukkan fikiran Teman, Teman gi awal la dr hari yg spatutnyer..

    butir2 mmg betol..
    Teman kn kompaun rm300..
    tp sobab Teman rakyat yg btanggungjawab &
    di bawah pimpinan pemimpin yg prihatin, Teman diberi diskaun..
    jumlah kena bayar ialah... rahsia...

    maka terlapang lah fikiran Teman..
    Tgh jalan kaki ondaway dr kaunter bayar kompaun ke keta..
    Terdapat 1 meja kaunter Zakat Fitrah beserta Amil nye..
    Amil dr Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan..
    tanpa blengah, Teman trus bayar Zakat Fitrah..
    Utk Teman & tanggungan Teman..
    berjumlah rm14.. (rm7 sorang)..
    beres dah urusan yg penting utk hari ni..

    kompaun dah settle... Zakat Fitrah dah di bayar..
    terasa lapang dada & tenang fikiran Teman..
    atas faktor keselamatan, Teman xinclude gegambo kompaun & zakat..

    maka dgn itu, Teman pun masuk ler opis pada noon..
    ingatkan nak amik EL 1 hari...
    tp.. fikir2... masuk je la keja spara hari..
    ada gak keja hari nie yg memerlukan ke'pakaran' Teman pd hari ni..




    Monday, August 23, 2010

    Saya Anak Malaysia

    Saya Anak Malaysia – Dr Sam


    1953
    Bulan 5 aku dilahirkan
    Di sebuah negeri yang diberi nama
    Negeri Sembilan

    Selepas itu aku dibesarkan
    Di negeri Kelantan
    Aku belajar di sekolah orang putih
    Dekat dengan Pasir Puteh

    Saya Anak Malaysia
    Saya Anak Malaysia
    Saya Anak Malaysia
    Saya Anak Malaysia

    Lepas sekolah aku merayau
    Negeri mat saleh aku merantau
    Tempat orang indah sekali
    Tapi Malaysia tetap di hati

    Saya Anak Malaysia
    Saya Anak Malaysia
    Saya Anak Malaysia
    Saya Anak Malaysia

    Corus

    Sampai masa aku pun balik
    Makweku tengok dia pelik
    Dia kata nak jadi apa
    Aku kata itu Tuhan punya kuasa

    Lemah lembut sopan santun
    Sudah menjadi darah dagingku
    Walaupun aku nampaknya kutu
    Aku hormat orang tuaku…

    Saya Anak Malaysia
    Saya Anak Malaysia
    Saya Anak Malaysia
    Saya Anak Malaysia

    Saya Anak Malaysia
    Saya Anak Malaysia
    Saya Anak Malaysia
    Saya Anak Malaysia

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails